5.24.2009

perkiraan 12 hari dari sekarang?

kenapa aku rasa istilah bertunang macam tak berat? apa sebab aku tak bersedia ke nak pinang anak orang? atau aku 'just' rasa yang tunang ni macam menghormati adat-resam orang melayu. tapi oleh kerana mendengarkan desas-desus orang-orang lama yang berpendapat, kalau nak rasa pengalaman "darah manis" bertunanglah. agak-agak nya macam mane yer rasa?

pedulikan lah. lepas dah berlangsung baru lah dapat rasa. yang penting perkiraan hari sebelum waktu-nya tiba. aduh banyak aktiviti yang perlu di-buat. ditambah lagi dengan kerja-kerja yang semakin bertambah tapi semuanya rasa-rasa aku boleh kot aku buat selagi ada 'pendorong' yang sentiasa 'mengikis secalit penafian untuk aku berhibur'. 

ape-ape pun, sebelum aku menyimpang perbelanjaan aku semuanya ke arah tu, nilai untuk set yang aku idamkan aku akan pastikan yang ianya akan aku keluarkan DULU! aku nak kan sesuatu yang aku betul2 idam dari dulu lagi. kalau bulan lepas keadaan kewangan tak mengizinkan sebab bekerja luar daripada kl setiap minggu, aku akan pastikan bulan ni tiada alasan untuk aku melengahkan hasrat aku lagi. aku berazam "kalau aku tak dapat apa yang aku idamkan, aku takkan bertunang!" haha


5.05.2009

2 benda yang aku ingin pada hari lahir

aku bukan seorang yang membazir, tapi aku suka membelanjakan duit yang aku ada ke arah benda yang boleh membuat hati aku gembira, buat hati aku senang, tak perlu nak fikir masalah orang dan yang penting? aku puas! tapi aku pelik kenape aku dapat beli yang tu bila aku nak tapi bila untuk membeli barang ni, aku rasa mcm betul-betul tak mampu. 

yang boleh difikir logik akal sebenarnya mampu, tapi aku pun tak tahu kenapa?
nak tau apa barang-barang yang aku inginkan?

1. guitar hero (metallica)








2. set drum guitar hero (wireless)


dan untuk sambutan hari jadi kali ini, satu daripada 'item' yang aku inginkan sudah pun dikecapi. hanya tinggal drum set sahaja yang belum dimiliki. tapi aku rasa ianya berbaloi jika aku terus menanti sebab kalau nak difikirkan mampu memang mampu untuk beli, tapi biarlah kewangan betul-betul cukup agar tidak menyiksakan aku di masa kelak....amin

5.03.2009

kelahiran-semula

SIAPA AKU?
"Loss Of Coordination" adalah Ataxia (tanda-tanda neurologi dan simptom yang mengalami pengurangan terhadap ko-ordinasi pergerakan otot). Ianya adalah spesifikasi umum menerangkan kegagalan daripada beberapa bahagian sistem saraf yang mengawal pergerakan (cth:sereblum)

KENAPA?
daripada seseorang yang gembira satu ketika dahulu (punkrawkoholic.blogspot.com), kini aku menjadi seseorang yang menghidap penyakit Ataxia. Dahulu aku rancak bersama rakan-rakan, ber"greng-greng" tanpa memikirkan apa2 masalah lantas langsung tidak mempedulikan tomahan, pujian, cacian dan pukimakan orang-orang yang penakut dan sering berkata belakang. Tapi itu tak langsung buat aku lemah walaupun selepas akaun mypunkrock@gmail.com telah dipecah-masuk (password guessing). 

PERLU KE?
kenapa? wujud benda ni boleh datang bencana dalam kehidupan ko ke? tak kan? jadi biarlah aku terus berbicara bersama minda dan insomnia berserta tangan yang sentiasa menari tarian pocho-pocho di atas s10-lenovo-IBM-ideapad yang aku beli dengan keringat aku sendiri.

ilustrasi:ihsan wikipedia