5.24.2009

perkiraan 12 hari dari sekarang?

kenapa aku rasa istilah bertunang macam tak berat? apa sebab aku tak bersedia ke nak pinang anak orang? atau aku 'just' rasa yang tunang ni macam menghormati adat-resam orang melayu. tapi oleh kerana mendengarkan desas-desus orang-orang lama yang berpendapat, kalau nak rasa pengalaman "darah manis" bertunanglah. agak-agak nya macam mane yer rasa?

pedulikan lah. lepas dah berlangsung baru lah dapat rasa. yang penting perkiraan hari sebelum waktu-nya tiba. aduh banyak aktiviti yang perlu di-buat. ditambah lagi dengan kerja-kerja yang semakin bertambah tapi semuanya rasa-rasa aku boleh kot aku buat selagi ada 'pendorong' yang sentiasa 'mengikis secalit penafian untuk aku berhibur'. 

ape-ape pun, sebelum aku menyimpang perbelanjaan aku semuanya ke arah tu, nilai untuk set yang aku idamkan aku akan pastikan yang ianya akan aku keluarkan DULU! aku nak kan sesuatu yang aku betul2 idam dari dulu lagi. kalau bulan lepas keadaan kewangan tak mengizinkan sebab bekerja luar daripada kl setiap minggu, aku akan pastikan bulan ni tiada alasan untuk aku melengahkan hasrat aku lagi. aku berazam "kalau aku tak dapat apa yang aku idamkan, aku takkan bertunang!" haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan