6.22.2009

more step to go

alhamdulillah tanggal 6/6/2009 dah pun berlalu. kini tiba pula masa untuk memikirkan hari-hari yang akan mendatang iaitu hari yang menghalalkan sesuatu yang haram tapi bukan bermaksud itu tujuan utama aku untuk mengakhiri zaman bujang ni. tapi tujuan utama aku ialah
  • untuk aku memiliki waris yang dirahmati untuk mendoakan aku kelak bila masa aku dipanggil kembali olehNYA.
  • untuk aku mengembalikan keceriaan kedua orang tua aku (bila masa mak aku kehilangan peluang untuk memperolehi anak yang terakhir bila dia terpaksa menjalani pembedahan (demi mengelakkan penyakit kanser menyerang setelah rahimnya mengalami ketumbuhan) untuk buang sesuatu yang diperlukan oleh wanita bagi pembentukan telur bagi persenyawaan berlaku.
  • untuk menjalani kehidupan yang normal (makan terjaga, tidur berteman) tanpa melakukan sesuatu yang tidak sihat.

aku bersyukur dengan apa yang diberikan olehNYA. tapi aku masih tak faham akan sesetengah manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya. bukan bermaksud aku nak aibkan sesiapa tapi inilah kenyataannya. kepada manusia-melayu-ISLAM yang terasa aku doakan ko bertemu dan berpuas hati dengan apa yang ko cari. tapi LANTANG aku coretkan disini yang aku tak akan halalkan dengan 'stuff' yang ko ambil dari aku 'for the last time'. apa yang aku dapat itu juga apa yang ko dapat. aku tak pernah nak menipu bila berlaku bab urus-niaga tapi disebabkan perangai manusia yang tak pernah berpuas hati dengan apa yang diperolehi mungkin, itulah yang dilakukan oleh KAU manusia. sampaikan TITIAN SIROTOL MUSTAQIM pun ko tak kenal, ape yang terlintas dalam fikiran aku adalah sesuatu yang aku sendiri tak dapat bayangkan bila dalam kad pengenalan ko tertulis bahawa ko adalah seorang HAWA yang di mana agama ko berstatuskan ISLAM. cermin la diri kau wahai hamba islam. aku tidak akan akui yang aku pernah mengenali KAU. sejauh mana jahat yang aku buat, sebesar mana dosa yang aku perolehi INSYALLAH aku tak akan lupa benda2 yang wajib aku ingat selagi mana aku bergelar ISLAM.

dan kepada kau manusia yang suka menabur janji tanpa menepatinya, janganlah berlagak seperti orang yang senang untuk peroleh ape yang kau nak. ingat aku tolong atas dasar KAWAN tapi syukur kepadaNYA yang menyedarkan aku bahawa kau bukanlah orang yang aku boleh gelar sebagai KAWAN. WANG bukan segalanya. tapi kepercayaan adalah aset utama yang memainkan peranan dalam memfaktorkan segala kemungkinan yang mungkin akan menjerumuskan 'decision' yang akan dibuat.

yes! hidup bagaikan roda. 'what you did to me is what you will get soon when the time's come'
aku tak akan halal dan maafkan selagi aku tak dapat apa yang kau masih hutang.
sis, i've been involve in this thing for a long time and i hope soon u will be someone who did not manage to control it over yourself. for time being take care and have fun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan